Bulan Menerangi Hati Ini (Part 11)

"Eh kau kenapa Zirra? Sedih je aku tengok" kata salah seorang kawan aku semasa aku sedang duduk di belakang pentas. Malam ni aku di dataran Ipoh, ada show teater. Aku terpaling pada telefon aku. Kosong. Ah! kredit pula sudah nazak. Macam mana ni? Apa aku patut buat. Aku letak telefon ke dalam poket. Terus aku lihat persembahan yang berada di atas pentas sekarang. 5 minit berlalu, aku lihat lagi skrin telefon, 2 misscall. Que! Macam mana aku tak dengar ni, mungkin keadaan di pentas yang agak bising membuatkan aku tidak perasan....
Jam menunjukkan pukul 11.30, lagi beberapa jam nak pukul 12. Satu pesanan ringkas masuk handphone aku, Que! Tetapi ternyata aku terkejut dengan message yang agak panjang itu, macam karangan lah pulak. Ye, ternyata dia benar-benar memarahi aku, dia tidak suka aku pulang lewat malam begini. Lalu aku terus pulang ke rumah. 
Beberapa hari selepas itu, Que kata dia mahu sampaikan sesuatu, aku tunggu penuh debar pada malam itu, keesokannya aku akan mengambil exam, addmath. Pukul 10, Que menghantar message, ternyata betul sangkaan aku, dia mahu putuskan hubungan, betul tekad, aku rasa mahu meraung saat itu juga, sungguh, aku tak mahu, aku sayang kau lah Que, kenapa kau buat aku begini, dan kau cuma katakan kau penat, tunggulah habis belajar nanti kalau ada jodoh, ada lah. Aku kecewa, dia betul-betul tekad pada malam itu, sehingga rayuan aku langsung dia tak pandang. Malam itu penuh tangisan aku. Aku langsung tak fikirkan exam aku esok, terlalu sedih. 
Keesokannya, aku datang ke sekolah dengan mata sembab, sampai kawan aku menegur mata aku seperti seorang panda. Aku sungguh tak bermaya, airmata tak lekang dari pipi. KRING!! loceng waktu rehat berbunyi dan masa menjawab exam telah pun tamat, aku tidak tahu apa yang aku jawab dalam kertas soalan itu, yang aku tahu airmata jatuh tak berhenti, Sayu...

Dah bace eh? Like lah pulak..thankiu sweety♥

Doa Memohon Cinta :)


"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. Begitu juga sebaliknya.."
Islam menggariskan ada adab untuk bercinta bukan bercinta sakan.. Islam menggalakkan ta'aruf yang ada sempadan..Rasa cinta itu tak salah tapi kita kena salurkan melalui cara yang betul, yang halal..Yang lalai itu dijauhkan..Kalau suka beritahulah ibu bapa suruh sampaikan ke pihak lagi satu..
Kadang2 kita berjumpa dgn orang yang salah sebelum kita menemui cinta sejati.. Jangan pernah berhenti dari mencari 'teman seperjuangan' kita kerana jodoh itu umpama rezeki.. Berhenti mencari jodoh umpama berhenti mencari rezeki.. Semoga ia menjadi rezeki yang barakah dan menyenangkan..  
Bergantung lah kepada jodoh Allah, ke jalan yang benar, carilah orang yang mencintai Penciptanya, barulah dia akan mencintai orang yang diciptakanNya :)

#nurulliciouss #coretan buat ummah #komikdakwahcinta sumber..

Dah bace eh? Like lah pulak..thankiu sweety♥

Bulan menerangi hati ini (part 10)

Some day you will be old enough to start reading fairy tales again :)) | Colorfully

Hari berganti hari, sudah 3 tahun aku bersamanya, segala perit, suka duka hanya aku dan dia, 
dia mengajak aku berjumpa untuk menyambut ulangtahun kami berdua..
pada malam itu, dia mengambil aku dan kami pergi ke satu tempat untuk meluangkan masa berdua.. aku merasa bahagia berada di samping orang tersayang,beberapa jam selepas itu, dia menghantar aku pulang, tetapi aku sangat berat untuk melepaskan dia, mata kami bertaut, lama kami terdiam.. aku tersedar, masa telah jauh sudah lewat, aku terpaksa mengucapkan terima kasih dan kata2 manis sempena ulangtahun aku dan dia..
sebulan berlalu, aku sangat bahagia, tetapi dalam pada itu aku merasakan dia sudah berubah dari hari ke hari, tidak ada lagi pesanan ringkas yang manis seperti dahulu, kenapa ? kenapa awak berubah sampai macam ni, ape salah saya awak ? saya tahu saya mungkin ada buat salah, tapi bagilah saya peluang nak cakap benda yang sebenar.. tolong lah awak, sekali ni sahaja.. mana awak yang selalu ambil berat pasal saya ? mana awak pergi ? awak , saya terseksa , awak tolong lah jawab bila saya tanya pasal hubungan kita awak ? awak dah tak sayang kan saya ke ? kalau awak marah saya, tolong maafkan saya awak, saya taknak hidup tanpa awak, awak maafkan saya :'(


Dah bace eh? Like lah pulak..thankiu sweety♥

 
© copyright all right reserved by Zylavyla