Bulan Menerangi Hati Ini (Part 11)

"Eh kau kenapa Zirra? Sedih je aku tengok" kata salah seorang kawan aku semasa aku sedang duduk di belakang pentas. Malam ni aku di dataran Ipoh, ada show teater. Aku terpaling pada telefon aku. Kosong. Ah! kredit pula sudah nazak. Macam mana ni? Apa aku patut buat. Aku letak telefon ke dalam poket. Terus aku lihat persembahan yang berada di atas pentas sekarang. 5 minit berlalu, aku lihat lagi skrin telefon, 2 misscall. Que! Macam mana aku tak dengar ni, mungkin keadaan di pentas yang agak bising membuatkan aku tidak perasan....
Jam menunjukkan pukul 11.30, lagi beberapa jam nak pukul 12. Satu pesanan ringkas masuk handphone aku, Que! Tetapi ternyata aku terkejut dengan message yang agak panjang itu, macam karangan lah pulak. Ye, ternyata dia benar-benar memarahi aku, dia tidak suka aku pulang lewat malam begini. Lalu aku terus pulang ke rumah. 
Beberapa hari selepas itu, Que kata dia mahu sampaikan sesuatu, aku tunggu penuh debar pada malam itu, keesokannya aku akan mengambil exam, addmath. Pukul 10, Que menghantar message, ternyata betul sangkaan aku, dia mahu putuskan hubungan, betul tekad, aku rasa mahu meraung saat itu juga, sungguh, aku tak mahu, aku sayang kau lah Que, kenapa kau buat aku begini, dan kau cuma katakan kau penat, tunggulah habis belajar nanti kalau ada jodoh, ada lah. Aku kecewa, dia betul-betul tekad pada malam itu, sehingga rayuan aku langsung dia tak pandang. Malam itu penuh tangisan aku. Aku langsung tak fikirkan exam aku esok, terlalu sedih. 
Keesokannya, aku datang ke sekolah dengan mata sembab, sampai kawan aku menegur mata aku seperti seorang panda. Aku sungguh tak bermaya, airmata tak lekang dari pipi. KRING!! loceng waktu rehat berbunyi dan masa menjawab exam telah pun tamat, aku tidak tahu apa yang aku jawab dalam kertas soalan itu, yang aku tahu airmata jatuh tak berhenti, Sayu...

Dah bace eh? Like lah pulak..thankiu sweety♥

0 KLIK sini.. Tinggalkan pesanan! =):

 
© copyright all right reserved by Zylavyla